Tentang Kami:

Ternakan Haji Ibrahim terletak di Kampung Jenalik Hilir, Kuala Kangsar. Stok lembu, kambing & kerbau kami ada sepanjang tahun. Kami juga ada menjual kambing aqiqah baka Boer, biri-biri & kibas.

Lembu yang kami ternak terdiri daripada baka KK, Brahman & Sado.

Selain itu, kami juga ada membekalkan daging lembu secara pukal untuk perniagaan, agensi kerajaan dan kegunaan rumah, dengan stok yang mencukupi sepanjang tahun untuk memenuhi keperluan anda.

Kami juga membekalkan lembu dan kambing untuk ibadah korban.

Kami menyediakan servis sembelihan korban secara in-house, di mana kami menguruskan haiwan korban anda termasuk penjagaan haiwan sehingga Hari Raya Aidiladha, proses sembelihan, melapah kulit, memotong daging, membersihkan organ dalaman, serta mengagihkan daging kepada asnaf dan orang yang layak menerimanya.

Kami menjalankan penternakan secara berhemah dengan fokus untuk menghasilkan daging yang halal di sisi syarak, bersih dan sesuai untuk kegunaan perniagaan serta pemakanan isi rumah anda.

Perkhidmatan Kami:

Kambing Aqiqah

Jualan kambing aqiqah stok kambing sedia ada sepanjang tahun, penghantaran disediakan.

korban

Urusan korban anda kami selesaikan, kami sembelih, lapah, potong daging & cuci organ dalam bagi pihak anda. Kami juga boleh mengedarkan daging korban kepada asnaf & individu yang layak di sekitar Kuala Kangsar

Membekal Daging Segar

Jualan daging segar secara borong dan pukal bagi memenuhi keperluan anda. Kami menerima tempahan dari perniagaan, agensi kerajaan, orang persendirian untuk kegunaan raya serta majlis keraian.

jualan Lembu & Kambing Hidup

Kami juga boleh membekalkan stok lembu & kambing hidup untuk kegunaan agensi kerajaan, penternak, kebun persendirian & orang perseorangan.

Hubungi Kami:

sebarang pertanyaan Boleh hubungi kami di:

0135917175

Laman Sosial Rasmi:

Lokasi Kami:

Jalan Kampung Jenalik Hilir, Kampung Jenalik Hilir Sauk, 33500 Kuala Kangsar, Perak