Tentang Kami:

Ternakan Haji Ibrahim di Kampung Jenalik Hilir, Kuala Kangsar menyediakan stok lembu, kambing dan kerbau sepanjang tahun untuk tujuan aqiqah, korban, stok perniagaan & kegunaan isi rumah.

Perkhidmatan Kami:

Kambing Aqiqah:

Jualan kambing aqiqah stok kambing sedia ada sepanjang tahun, penghantaran disediakan.

Korban

Urusan korban anda kami selesaikan, kami sembelih, lapah, potong daging & cuci organ dalam bagi pihak anda. Kami juga boleh mengedarkan daging korban kepada asnaf & individu yang layak di sekitar Kuala Kangsar.

Anda boleh pilih untuk korban lembu, lembu sado, kerbau, kambing, kibas atau biri-biri.

Membekal Daging Segar

Jualan daging segar secara borong dan pukal bagi memenuhi keperluan anda. Kami menerima tempahan dari perniagaan, agensi kerajaan, orang persendirian untuk kegunaan raya serta majlis keraian.

Jualan Ternakan Ruminan Hidup

Kami juga boleh membekalkan stok lembu & kambing hidup untuk kegunaan agensi kerajaan, penternak, kebun persendirian & orang perseorangan.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:

013-5917175 (Syamil)

Laman Sosial Rasmi:

Lokasi Kami:

Anda boleh melawat ladang kami untuk sebarang urusan pembelian & pertanyaan, sila buat temujanji dahulu sebelum datang.

Alamat Ladang:

Jalan Kampung Jenalik Hilir, Kampung Jenalik Hilir Sauk, 33500 Kuala Kangsar, Perak

Awas! Jangan Kena Scam!

Pihak Ternakan Haji Ibrahim tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan urusan jual beli daging dan haiwan ternakan ruminan.

Pastikan anda berurusan dengan Encik Syamil di nombor whatsapp yang betul dan di saluran komunikasi yang tepat.

Pihak kami tidak bertanggungjawab jika anda di scam atau scammer menyamar sebagai kami.