Jualan Ternakan Hidup
Kami menjual ternakan ruminan hidup yang berkualiti tinggi serta terjamin kesihatannya dan boleh membekalkan kuantiti yang besar & kecil mengikut keperluan anda.
Kami boleh membekalkan ternakan ruminan kepada: Masjid
Ngo
Agensi kerajaan & pusat pengajian
Penternak
Orang persendirian &
Perniagaan
Urusan Pembelian Mudah
Penghantaran seluruh semenanjung disediakan
Boleh berurusan di Whatsapp atau ladang ikut kelapangan anda
Haiwan yang kami jual dijamin ikut spesifikasi yang dinyatakan
Kami berpengalaman berjual beli ternakan sejak 1952
Dijamin Kualiti Haiwan Paling Terbaik
Keberkatan urusan jual beli adalah keutamaan kami. Sejak 1952, kami pastikan haiwan jualan kami yang sampai ke tangan pelanggan kami adalah haiwan ternakan yang paling berkualiti memenuhi spesifikasi yang dikhendaki pelanggan.
Bagi memenuhi jangkaan kualiti yang tinggi, kami menternak haiwan ruminan berdasarkan amalan berikut:
Ternakan mesti diternak dalam kandang tertutup
Agar tidak menyebabkan kacau ganggu kepada masyarakat, tidak dijangkiti penyakit, tidak cedera di lapangan, bebas kecacatan dan tidak menimbulkan cercaan orang.
Ternakan diberi makan yang cukup mengikut keperluan khasiat yang sesuai
Ternakan diberi makanan alami dan moden serentak agar haiwan sentiasa cukup khasiat sepanjang masa sehingga sampai ke tangan pelanggan. Di ladang kami, haiwan ternakan diberi makan pallet, makanan serbuk, jerami dan pokok jagung cincang.
Air minum bersih 24 jam
Semua ternakan kami diberi akses air minum bersih 24 jam tanpa henti untuk memastikan pencernaan sihat dan khasiat makanan diserap badan dengan sempurna.
Kondisi kandang sifar stress
Ladang kami terletak di kawasan strategik yang tidak ada sebarang pemangsa seperti ular sawa, harimau & beruang. Jauh dari kesesakan lalu lintas trafik, redup, bilangan ternakan dalam 1 kandang sihat dan padan dengan habitat asal ternakan.
Kebersihan kandang sentiasa dijaga
Kandang dicuci dan dibuang najis secara berkala, lembu dimandikan secara berkala bagi mengelakan penyakit kulit.
Penghantaran yang cekap
Haiwan ternakan kami dihantar kepada anda dengan kenderaan kami sendiri bagi mengelakan sebarang kecederaan luar jangka dan penyebaran penyakit akibat pencemaran silang dengan haiwan dari ladang lain.
Permit mengangkut haiwan ternakan dari Jabatan Veterinar lazimnya diuruskan oleh kami.
Layanan perikemanusiaan sesuai dengan ihsan terhadap haiwan seperti yang dituntut syarak.
Semua haiwan ternakan kami dilayan dan dijaga dengan ihsan, dibiasakan dengan kehadiran manusia menjadikan haiwan ternakan kami kurang liar dan tenang berbanding lembu yang dilepaskan merayau di luar kandang.
Senarai Haiwan Ternakan Ruminan Yang Dijual:
Lembu Brahman
Jenis lembu berbadan besar, daging banyak dan berat. Baka lembu dari luar negara.
Lembu KK
Lembu Kedah Kelantan, baka lembu tempatan, badan sedikit kecil dari lembu Brahman.
Lembu Sado
Lembu sado, sejenis lembu yang bakanya menghasilkan daging yang maksimum & berat. Lebih berat dari lembu Brahman.
Kerbau
Kerbau air, berat secara purata lebih berat dari lembu, bersifat tenang dan dibela dalam kurungan yang berlumpur, sesuai dengan habit asalnya.
Kambing Boer
Baka kambing pedaging yang terkenal dengan badan besar, pertumbuhan cepat dan hasil daging yang tinggi, dibesarkan khas untuk penghasilan daging.
Kibas
Biri-Biri
Baka kambing berbulu tebal dengan rupa lebih berisi dan unik, diternak untuk penghasilan daging serta sesuai bagi pelanggan yang mahukan pilihan ternakan yang berbeza.
Baka biri-biri pedaging yang terkenal dengan tekstur daging tersendiri, dibesarkan khas untuk penghasilan daging dan sesuai untuk pelbagai kegunaan ternakan serta jamuan.
Penghantaran Disediakan Ke Seluruh Malaysia
Penghantaran haiwan ternakan hidup ke tempat anda disediakan, urusan dokumentasi dengan Jabatan Veterinar juga kami uruskan. Kami guna kenderaan sendiri untuk menguruskan risiko penularan penyakit dan mengelakan kecederaan.
Whatsapp Kami Untuk Beli Ternakan Hidup
Tekan butang Whatsapp ini.
Atau Call Kami Di:
013-5917175 (Syamil)
Awas! Jangan Kena Scam!
Pastikan anda berurusan dengan Encik Syamil di nombor telefon & Whatsapp
013-5917175.
Pihak Ternakan Haji Ibrahim tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan urusan jual beli daging dan haiwan ternakan ruminan.
Pihak kami tidak bertanggungjawab jika anda di scam atau scammer menyamar sebagai kami.